HALAMAN PERCUTIAN CAMERON HIGHLANDS

 

   

CAMERON HIGHLANDS


Ini adalah kami di tempat R&R Gurun semasa menunggu rakan rakan yang lain akan tiba. Suasana pada awal pagi pukul 7.30 pagi kira kira yang sejuk, cuaca yang menarik untuk memulakan destinasi.




Gambar ini saya berada di Sungai Dua, Penang pada pukul 10 pagi bertolak dari Alorstar dari pukul 7.30 pagi. Masing masing muka keletihan dengan banyak ujian dalam perjalanan kerana terdapat lori membawa muatan khinzir terbabas di highway tidak jauh dari Sungai Dua dan ada mangsa pada tempat kejadian juga terbabit dalam kemalangan di tempat tersebut. Tetapi Alhamdulillah perjalanan kami selamat ke destinasi seterusnya.


Pada petang dalam jangkaan pukul 1 macamtu, kami semua sampai Batu Kurau, Perak tempat peranginan kecil untuk santai santai dan mandi manda.


Ini adalah view tempat kami bermandi manda di Batu Kurau, Perak. Terdapat rumah homestay yang kecil tapi cantik untuk tempat berehat dan santai. Mesti best tempat ini tapi sayang, masa tidak cukup untuk sampai ke destinasi sebenar kami di Cameron Highlands.





Selama 4 jam perjalanan tanpa henti dari Sungai Dua, akhirnya kami sampai ke destinasi di Cameron Highland buat pertama kali. Keletihan itu pasti janji selamat sampai. Banyak jalan yang berliku di Cameron Highland serta pasir pasir lori di penjuru jalan tepi tebing membuatkan perjalanan kami sukar untuk sampai ke tempat berehat kami di atas kira kira 7 kilometer lagi.



Selepas itu, kami singgah ladang teh untuk menikmati keindahan alam. Memang lapang tempat itu, best seperti boleh membuang segala masalah dalam fikiran. Suasana yang sejuk nyaman tidak seperti di tempat lain walaupun dalam pukul 4 petang.


Nah, saya belanja lagi view paling sedap mata memandang.


Selepas menikmati keindahan alam, kami pun sampai ke tempat yang ingin sangat untuk berehat. Letih fuh. Layan pemandangan lagi di sini pun terasa tenang. Kami sampai di sini pula kira kira 5 petang begitu. Tempat apartment ini di Brinchang. Untuk harga semalam dalam RM250 begitulah. Terdapat TV, aircond, bilik tidur ada 3, kalau mahu mandi dan tidur di Cameron, disarankan guna water heater ya
dan jangan buka aircond sebab kesejukan tidak dapat dikawal.


Selepas berehat di apartment selama 3 jam, pada pukul 8.30 malam kami keluar berjalan cuci mata di Mall Cameron Highlands. Kata orang di situ, tempat itu baru saja dilancarkan pada bulan lepas lagi. Tapi banyak juga kedai yang baru buka di situ.



Harga barang cendaramata di sini boleh tahan agak berpatutan. Baju baju I Love Cameron banyak yang menarik.


Keesokkannya, kami singgah ke Tasik Cermin tempat yang bersejarah dari 100 juta tahun yang lalu. Seperti biasa ke mana mana tempat, mestilah kena bayar tiket dulu untuk masuk RM5 seorang. Semasa menuju masuk ke situ, kami melalui gua dahulu terdapat kristal yang berkilauan dan batu batu yang cantik. Boleh tengok sahaja tidak boleh membawa balik. Ini saya belanja pemandangan di sini sungguh tenang. Selama 2 jam disini, kami membuat keputusan pulang ke Alorstar.





 

Video ini adalah sahabat konvoi saya meninggal dunia dalam kemalangan semasa kami ingin pulang ke Alorstar. Ajal maut ditangan Tuhan. Kita mampu merancang tetapi Allah yang tentukan. Alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.










Comments