HALAMAN PERCUTIAN LANGKAWI

 


Ini percutian saya di Langkawi pula bersama rakan saya cumanya bukan konvoi. Pada pagi pukul 7 pagi, kami sampai di tempat perhentian jeti di Kuala Kedah. Tiket setiap seorang harga RM25. Kami rancang untuk bermalam di Langkawi 3hari 2malam.


 Selama 2 jam untuk sampai ke Jeti Langkawi. Terdapat ramai orang dalam feri pada hari itu tambahan cuti umum banyak keluarga ikut serta.


Terus sampai di Langkawi, kami menuju ke Go Kart di Padang Matsirat. Tiket seorang di situ mahal tapi berpatutan berharga RM150 setiap seorang untuk sejam.


Ini pula perjalanan ke Pulau Dayang Bunting dengan Pulau Beras Basah. 2 trip serta harga bot dalam perjalananan ini sangat murah, Harga setiap seorang RM30. Banyak aktiviti terdapat di sana seperti menaiki boat pisang di Pulau Beras Basah, menaiki kayak, tidak lupa juga monyet monyet sentiasa menemani kami di Pulau Dayang Bunting.


Sampai ke Pulau Dayang Bunting, pertama kali kami melakukan aktiviti kayak harga setiap seorang adalah RM20 memang berpatutan sambil layan pemandangan di sini.









Comments